Wednesday, April 29, 2009

Selamat Ulang Tahun Izzat!!!

Kepada rakan rapatku, Mohd Izzat Bin Yusoff yang saya kira berada di Kampung Jelawat, Kelantan sekarang, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 18!!
Dah tua dan cukup umur nampaknya:)
Sesungguhnya, anda adalah salah seorang insan hebat yang pernah saya kenal
Tahniah di atas kejayaan merangkul 10A dalam SPM yang lalu...
Semoga kejayaan mengiringi perjalananmu selepas ini...

P/s: Sorry, couldn't find your photos:P

Selamat Ulang tahun Sayang by Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Tuesday, April 28, 2009

Penggabungan Kelas dan Percaturannya

Salam kepada semua pembaca blog saya...

Seperti yang anda dan saya sedia maklum, akan berlaku satu peristiwa penting khususnya bagi pelajar semester 2 dan 4 Diploma Komunikasi dan Media semester ini kerana akan adanya penggabungan kelas untuk mengurangkan jumlah kelas di samping memenuhkan ahli setiap kelas dengan semaksimum mungkin. Antara sebab utama hal ini berlaku adalah kerana fakulti kekurangan pensyarah. Jadi fokus saya pada hari ini adalah khusus kepada rakan-rakan saya di semester 2.

Penggabungan kelas ini akan menyebabkan kelas asal MassComm semester 2 akan mengecil dari 9 buah kelas ke hanya 7 buah kelas bermakna kelas H dan J akan lenyap. Ramai yang telah membuat kesimpulan awal tanpa mengetahui bagaimana semua ini diatur. Di antara andaian yang timbul ialah:

1. Kesemua nama akan diubah kembali dan pembahagian kelas adalah mengikut kehendak fakulti di mana pelajar tiada kuasa untuk memilih.

2. Pelajar-pelajar kelas H dan J akan dibahagikan secara sama rata bagi memenuhkan kelas yang sedia ada.

Namun, setelah saya berjumpa dengan koordinator program ini dua hari yang lalu, beliau telah menjelaskan bagaimana sebenarnya proses ini akan dilakukan.

a) Kelas H dan J memang akan tiada dan kita hanya ada 7 buah kelas iaitu DMC 3A. DMC 3B, DMC 3C, DMC 3D, DMC 3E, DMC 3F dan DMC 3G.

b) Secara automatiknya, kesemua kelas ini akan dikosongkan.

c) Hal ini membawa maksud pelajar-pelajar diberi kuasa (yang saya kira satu peluang) untuk memasuki mana-mana kelas yang ada dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.

d) Namun syarat yang saya ketahui, setiap kelas haruslah mempunyai 28-29 orang pelajar.

e) Tentang kuota yang berkaitan dengan jantina, tidak pula saya ketahui.

f) Jadi, pelajar bolehlah memilih untuk bersama dengan mana-mana rakan MassCOmm yang mereka rasakan mampu bekerjasama dan masuk ke mana-mana kelas.

Sebenarnya, apa yang pihak fakulti mahukan adalah apa yang dinamakan "win-win situation" di mana semua pihak sekurangnya mendapat manfaat. Saya kira kita tentunya mahu bersama dengan rakan-rakan yang saya kira setia menemani kita sepanjang dua semester kita berada di sini. Namun kita harus menerimanya dari sudut yang positif. Antara kebaikan yang dapat saya simpulkan (berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Kita tidak tahu dengan insan bagaimanakah akan kita hadapi apabila kita berada di industri kelak namun ini seolah-olah cabaran dan latihan untuk kita berdepan dengan orang yang saya kira baru dan belajar mengenai kehidupan.

2. Kita juga dapat belajar dengan tenang kerana saya kira tidak akan ada lagi isu-isu tentang kekurangan pensyarah, pensyarah tiada dan sebagainya.

3. Ini adalah platform untuk kita menyerlahkan bakat dan kemampuan kita yang lebih tinggi kerana saya kira persaingan semakin sengit.

4. Cetusan idea yang bernas dan bermutu dapat dicerna melaui perkongsian kemahiran dan pengalaman dalam kalangan pelajar.

Saya pasti yang akan ada keadaan di mana rumah siap pahat berbunyi. Saya kira, kita tidak dapat untuk puaskan hati semua pihak namun penyelesaian yang terbaik pasti ada walaupun kadang-kala kita memberontak. Bagi saya, fokus kita di sini adalah untuk menimba ilmu dan saya kira peristiwa ini bagaikan memberi petanda betapa susahnya perjalanan kita untuk menuju ke puncak kejayaan. Selagi ada peluang untuk kita menapak, rebutlah dan gunakanlah sebaik mungkin. Jadikan sumber inspirasi kita sebagai motivasi terunggul dalam mencapai kejayaan. Jika insan itu adalah ibu bapa, maka tunjukkanlah kesungguhan kita. Semoga berjaya dalam peperiksaan akhir buat semua pelajar Diploma Komunikasi dan media, UiTM Melaka.

Berburu Ke Padang Datar,
Dapat Rusa Berbelang Kaki,
Berguru Kepalang Ajar,
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi.

Saturday, April 25, 2009

Lagu yang mampu mengalirkan air mata...

Saya baru-baru ini terjumpa satu lagu yang saya kira puitis liriknya, juga sangat merdu melodinya..
Sangat menyentuh perasaan...
Lagu ini juga dijadikan lagu tema siri Dilema Wanita di TV1...
Hayatilah...


Sayang Padaku (Ost Dilema Wanita) - Kyai Kanjeng

Duka derita duka laraku didunia
Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
Sesal kita apapun yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih juga tak akan aku mengemis
Ketidak adilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya

Asalkan kerna itu
Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendak-Nya
Menjadi syurga bagi cintaku

Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku semata-mata milik-Nya jua

Thursday, April 23, 2009

Top 5 America's Next Top Model: Review and Rankings

Yesterday on America's Next Top Model, Natalie Pack became the 8th girl that has been eliminated from the 12 edition of ANTM. Landing in the bottom two together with Aminat, Natalie was sent home because she failed to give different looks in her photos. While personally, i just don't like her because she is so arrogant and i found her boring. Well, at least my prediction is right this week. Surprisingly, Allison becoming the first girl to be called out by Tyra and the theme for the photoshoot of this week is Carmen Miranda's inspired posed with fruits (Brazillian woman). Fo won two challenge this week and she won the first challenge together with Natalie. As a reward, she got to grab 25 extra frames for her photoshoot from any girl and she picked Teyona as Teyona is the most competitive model in the bunch. So, next week the girls will go for a go-sees and will have a photoshoot with Nigel Barker. Who will be eliminated?

My Rankings and Scoreboard

Fifth place: Aminat



Carmen Miranda's Shot



After Makeover



Before Makeover



Beauty Shot

Reviews:
Aminat has great body porpotion as a model but her major problem is she failed to translate it into her photos. Most of Aminat's photos were just okay and not memorable. Aminat reminds me of Danielle + Stacy Ann from previous cycle. I just think Aminat will be the next girl to book flight ticket back to America if she is not improving.

Fourth Place: Fo



Carmen Miranda's Shot



After Makeover



Before Makeover



Beauty Shot

Reviews:
Fo is one of my favourite girl in this season and i think she has the freshest look for the CoverGirl itself. Fo is unique but her problem is her yoyo perfomance. Sometimes, she just nailed it but sometimes she is way back behind. I'm sure if Fo can come out from her safety zone, she will stand out in the crowd.

Thid Place: Celia



Carmen Miranda's Shot



After Makeover



Before Makeover



Beauty Shot

Reviews:
Celia is the oldest girl in this competition. Like in the previous cycle, the eldest usually won't be too far in the competition. However, Celia proof that age is not a factor. Her presence and her style in the competition make the judges proud. Celia has the aura and she is a charismatic model. After shine in the commercial, Celia continued to be my highlight for this season but same as Aminat, she needs to find her strength for her photoshoot.

Second Place: Allison



Carmen Miranda's Shot



After Makeover



Before Makeover



Beauty Shot

Reviews:
Allison is so cute and adorable. I just love her eyes. :)
anyway, i think this week Allison really make Tyra proud as she gave variuos faces and emotions in her photos. most of Allison's pictures before this just the same but she is improving and i have to give credits for that. On the other side, she just needs to work on her runway walk and her presence in front of the judges and she wll be on top.

First Place: Teyona



Carmen Miranda's Shot



Before Makeover



After Makeover



Beauty Shot

Reviews:
Since the pre-season photos, i really like Teyona. She has something inside her that makes me feel she's gonna win this. Her photos week after week just great even this week with only 25 frames, she managed to produce good photos. Her runway was so strong and i could say even the strongest in the bunch. Her personality also makes her special and she just needs to maintain her perfomance and give some attention to her telegenic aspect. After all, Teyona is my choice in becoming America's Next Top Model!!


Natalie in memory:)






Tuesday, April 21, 2009

IQ Test...

Aziff promoted this IQ test in his blog, then i try it and i was surprised and feel kinda lucky too:)
I think you should try it!!

Free IQ Test
Free-IQTest.net - Free IQ Test

Intelligence Interval Cognitive Designation
40 - 54 Severely challenged (Less than 1% of test takers)
55 - 69 Challenged (2.3% of test takers)
70 - 84 Below average
85 - 114 Average (68% of test takers)
115 - 129 Above average
130 - 144 Gifted (2.3% of test takers)
145 - 159 Genius (Less than 1% of test takers)
160 - 175 Extraordinary genius

Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Membenci

Kehidupan bagaikan sebuah pentas yang pelakonnya terdiri dari diri kita sendiri...
Kita bagaikan sekawan camar yang terbang bebas menghampar ke laut, masih mencari destinasi dan arah yang saya kira masih belum kita semua temui...
Dalam perjalanan menuju ke destinasi yang sehingga kini belum kita ketahui, pati suka dan dukalah teman yang paling setia menguji segala ketabahan dan kekuatan mental mahupun fizikal kita ini...
Kita pasti ditemani keluarga yang saya rasa menjadi nadi utama perjalanan kita...
Kadang-kadang, konflik berlaku tetapi semua itu tidak mampu memadamkan segala rasa kasih dan sayang antara kita...
Sementara masa masih ada untuk kita menatap satu-persatu wajah ahli keluarga kita di muka bumi ini, tataplah...
Sementara ruang masih memberi kesempatan untuk kita saling bergurau mesra sesama ahli keluarga kita di muka bumi ini, berguraulah sepuasnya...
Kerna esok mungkin kita tidak akan dapat lagi mendengar hela nafas mereka,
Kita tidak akan dapat lagi mendengar hilai tawa,
Kita tidak akan dapat lagi menikmati saat bermanja,
Jika ajal dan maut bagaikan bercerita tentang mereka,
Hanya takdir penentu segala...

Dalam perjalanan itu juga, akan ada insan yang datang sebagai teman...
Tidak kurang juga sebagai musuh...
Namun semua itu lumrah kehidupan,
Bukan semua orang suka akan kita, bukan semua orang benci akan kita...
Tapi kehidupan ini rasaku terlalu singkat untuk membenci...
Sempurnakah kita untuk menilai insan lain yang juga generasi Nabi Adam dan Hawa sebagai jelek,
Sempurnakah kita untuk menilai insan lain yang juga Umat Nabi Muhammad S.A.W sebagai pelik,
Kerna Tuhan Maha Adil...
Mungkin kita terperangkap dengan bayangan kita yang hanya bersandarkan kepada aspek fizikal semata-mata,
Seolah-olah dunia ini kita yang punya,
Namun tanpa kita sedari, kita hanya terperangkap dalam dimensi kealpaan dan ketandusan akal fikiran dan hati yang berpaksikan SYAITAN....

Apa2pun, kita sedar dunia hanyalah sekadar pinjaman,
Jadi cubalah sedaya upaya kita untuk menghargai setiap detik kita menghamba diri di dunia ini...
Akhir kata, hayatilah lirik dua lagu yang saya kira amat bermakna dalam hidup saya...

Dato' Siti Nurhaliza-Kurniaan Dalam Samaran

Kiambang hanyut ke muara
Perahu pulang ke penambang
Lambat laun kan bersua
Biarpun di gulung gelombang

Dugaan yang tak di sangka
Perpisahan yang dipaksa
Kurniaan yang dalam samaran
Itu yang ku harapkan

Berpijak pada bumi nyata
Bak miniti jambatan bara
Jalan yang mana harus kami lalui
Jalan lurus mereka halangi

Kita dibiar terapung
Di awangan cinta
Diperbudak-budakkan saja
bagaikan boneka cinta

Kerana kebangsawanan
Dan sandiwara mereka
Dua hati menjadi beku
Rela dilempar ke gurun debu
Walau apa hadapi bersama
Demi cinta...oh...
Cinta kita...

NORA-Secebis Harapan

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan......

Amin...

Monday, April 20, 2009

America's Next Top Model Cycle 12-Top 6

Cycle 12 of America's Next Top Model has down to Top 6...
All of the girls will be going to the land of Samba, Brazil...
So, these are the girls that still in the running towards becoming America's Next Top Model..
Who will be eliminated?



Teyona Anderson, 20
First Called-Out: Twice
Bottom Two Appearance: 0
Challenge Won: Once



Natalie Pack, 19
First Called-Out: 0
Bottom Two Appearance: 0
Challenge Won: Twice



Fo Potter, 19
First Called-Out: Once
Bottom Two Appearance: Once
Challenge Won: 0



Celia Ammerman, 25
First Called-Out: Once
Bottom Two Appearance: Once
Challenge Won: Twice



Aminat Ayinde, 21
First Called-Out: 0
Bottom Two Appearance: Once
Challenge Won: Once



Allison Harvard, 20
First Called-Out: Once
Bottom Two Appearance: Twice
Challenge Won: 0

Saya Kembali...

Salam semua pembaca blog saya...
setelah kira-kira 5 bulan menyepi...
saya kini kembali memblogging...
apa2pun, fokus tetap sama, berkongsi minat terhadap program realiti TV yang saya kira cukup memberi fenomena yang cukup besar terhadap kita terutamanya remaja...
apa2pun, sekarang musim peperiksaan di seluruh UiTM..
saya kira juga berlaku di beberapa institusi pengajian tinggi yang lain...
kawan-kawan saya di Kolej Matrikulasi sudah pun menamatkan pengajian mereka dan menunggu saat menyambung kembali perjuangan di peringkat yang saya kira lebih mencabar iaitu ijazah...
kepada semua rakan kelas DMC 2D, warga kolej Lekir, seluruh pelajar MassComm UiTM Melaka, siswa-siswi UiTM Melaka dan kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini, semoga kejayaan mengiringi usaha kita bersama di peperiksaan akhir...
selepas ini, fokus seterusnya adalah untuk meningkatkan prestasi diri dalam arena perdebatan...
kepada mak dan abah serta keluarga di kampung, saya amat merindui anda semua...
anda semualah pencetus inspirasi kepada saya untuk terus bertahan dan meneruskan perjuangan sebagai seorang insan di muka bumi ini....
segala pahit manis semester ini diharapkan dapat mengajar saya menjadi insan yang lebih matang dan berguna kepada bangsa, agama dan negara...amin...
semoga legasi anugerah dekan saya dapat diteruskan semester ini...
Amin....