Tuesday, December 15, 2009

2009: Menyingkap Sebuah Ceritera

Salam buat semua pembaca blog.
Sudah lama diri ini tidak menjengah ke ruang coretan rasa dan hati.
Bukan sengaja mahu menyepi, tetapi kesibukan menguasai diri.

Tahun 2009 sudah pun mahu hampir ke penghujungnya.
Banyak perkara yang berlaku dalam tahun ini.
Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit.
Namun inilah kehidupan.
Penuh cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi dengan tabah.
Qada' dan qadar yang telah ditentukan-Nya sepanjang tahun ini diterima dengan hati yang terbuka.

Kejohanan Debat Piala Naib Canselor baru berakhir. Dengan pencapaian yang boleh dikatakan agak cemerlang, kejohanan kali ini betul2 memberikan keyakinan buat saya dan sekarang saya percaya yang kadangkala tikus pun mampu kalahkan gajah:):)
Menang 4 sidang dari 6 sidang memberi petanda yang baik buat diri saya untuk lebih berusaha untuk menjadi lebih baik. Terima kasih buat semua keluarga debat saya:):)

Pencapaian dalam akademik boleh dikatakan agak baik dengan mengekalkan anugerah dekan yang saya terima untuk kali ketiga berturut2. Alhamdulillah. Saya berasa sangat bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan kepada saya. Namun, saya kira ruang untuk peningkatan masih terbuka dan saya masih lagi menyimpan hasrat melihat angka 4.0 tercatat di slip keutusan peperiksaan saya. 3.95 pada semester 2 dan 3.96 pada semester 3 bagaikan mendorong saya untuk lebih berusaha.
Semester depan subjek yang akan diambil kelihatan agak sukar. Permainan nombor bakal disambung kembali dengan subjek ekonomi. Pengetahuan tentang isu semasa bakal menjadi cabaran dalam "Issues In Modern Malaysia". Sudah pasti ianya pasti memberi banyak lagi cabaran.

Semester depan saya ada tanggungjawab besar untuk saya laksanakan. Menjadi ketua projek Festival Komunikasi a.k.a FESKOM membuatkan saya tidak mampu untuk duduk diam. Kejayaan FESKOM yang lepas menjadi penanda aras buat saya dan ahli KOMED yang lain merancang sesuatu yang lebih baik. Strategi perlu diatur dalam masa yang sama menyeimbangkan diri ini dengan pencapaian akademik yang baik dan kecemerlangan kokurikulum yang konsisten.

Tahun ini, saya kehilangan nenek tersayang. Saya hanya mampu berdoa yang rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang terpilih. Amin.
Keadaan ayah saya yang kurang sihat pula bagaikan memberi saya satu dorongan untuk lebih tekun belajar demi masa depan saya sendiri. Semoga kesihatannya bertambah baik. Amin.

Diharapkan agar kehadiran tahun baru 2010 bakal menjadi satu lagi tahun yang cemerlang buat diri ini. Amin. Saya mendoakan yang terbaik buat semua.

Akhir kata saya ingin memohon kemaafan kepada semua jika diri ini ada mengguris perasaan semua baik dari segi perlakuan, perbuatan mahupun percakapan. Doakan agar saya dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang sudi mengisi sebahagian kenangan perjalanan ini.