Saturday, January 23, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009: Ramalan dan Teka-Teki:)

Salam buat semua pembaca blog.
Rabu lalu, pengumuman calon-calon akhir bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 telah dibuat. gabungan muka lama dan baru sudah pastinya memberikan lebih banyak saingan khasnya untuk merebut anugerah utama, Bintang Paling Popular. Berikut adalah senarai calon dan ramalan saya untuk pemenang bagi setiap kategori.

1. Penyanyi Lelaki Popular

Mawi
Akim
Aizat
Adam
Faizal Tahir

Ramalan: Mawi
Calon Berpotensi Menggugat: Aizat & Faizal Tahir

2. Penyanyi Wanita Popular

Yuna
Jaclyn Victor
Mila
Dato' Siti Nurhaliza
Stacy

Ramalan: Dato' Siti Nurhaliza
Calon Berpotensi Menggugat: Yuna & Stacy

3. Penyanyi Duo/ Berkumpulan Popular

Adam & Stacy
Bunkface
Hujan
Meet Uncle Hussain & Black
Sixth Sense

Ramalan: Bunkface
Calon Berpotensi Menggugat: Hujan & Meet Uncle Hussain/Black

4. Penyanyi Nasyid Popular

Hijjaz
In-Team
Rabbani
Raihan
Saujana

Ramalan: Rabbani
Calon Berpotensi Menggugat: Raihan & Hijjaz

5. Pelakon Filem Lelaki Popular

Aaron Aziz
Afdlin Shauki
Farid Kamil
Que Haidar
Zul Huzaimy

Ramalan: Afdlin Shauki
Calon Berpotensi Menggugat: Que Haidar & Farid Kamil

6. Pelakon Filem Wanita Popular

Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Sharifah Amani

Ramalan: Liyana Jasmay
Calon Berpotensi Menggugat: Maya Karin & Diana Danielle

7. Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz
Fahrin Ahmad
Fizz Fairuz
Fizo Omar
Remy Ishak

Ramalan: Remy Ishak
Calon Berpotensi Menggugat: Fizz Fairuz & Fahrin Ahmad

8. Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha
Noorkhiriah
Rozita Che Wan
Scha Al-Yahya
Tiz Zaqyah

Ramalan: Tiz Zaqyah
Calon Berpotensi Menggugat: Noorkhiriah & Scha Al-Yahya

9. Pengacara TV Lelaki Popular

AC Mizal
Ally Iskandar
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Nabil

Ramalan: Aznil Nawawi
Calon Berpotensi Menggugat: AC Mizal & Nabil

10. Pengacara TV Wanita Popular

Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Shuhada
Raja Azura
Sarimah Ibrahim

Ramalan: Fara Fauzana
Calon Berpotensi Menggugat: Raja Azura & Cheryl Samad

11. Penyampai Radio Lelaki Popular

AG (Hot fm)
Aznil Nawawi (Era fm)
Din Beramboi (Era fm)
Faizal Ismail (Hot fm)
Kieran (Hot fm)

Ramalan: Faizal Ismail
Calon Berpotensi Menggugat: Aznil Nawai & Kieran

12. Penyampai Radio Wanita Popular

Abby Fana (Sinar fm)
Fara Fauzana (Hot fm)
Nana (Era fm)
Linda Onn (Sinar fm)
Sharifah Aleya (Hot fm)

Ramalan: Fara Fauzana
Calon Berpotensi Menggugat: Linda Onn & Abby Fana

13. Artis Komedi Lelaki Popular

AC Mizal
Afdlin Shauki
Nabil
Saiful Apek
Zizan

Ramalan: Nabil
Calon Berpotensi Menggugat: Zizan & Saiful Apek

14. Artis Komedi Wanita Popular

Aliza Abdullah (Enot)
Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Nik Sayyidah

Ramalan: Noorkhiriah
Calon Berpotensi Menggugat: Kenchana Dewi & Nik Sayyidah

15. Artis Baru Lelaki Popular

Akim
Aril
Hafiz
Gambit
Black

Ramalan: Akim
Calon Berpotensi Menggugat: Hafiz & Black

16. Artis Baru Wanita Popular

Yuna
Isma AF 7
Putri Mardiana
Tiz Zaqyah
Dira Abu Zahar

Ramalan: Tiz Zaqyah
Calon Berpotensi Menggugat: Yuna & Isma AF 7

Bintang Paling Popular 2009

1. Dato' Siti Nurhaliza
2. Remy Ishak
3. Tiz Zaqyah
4. Faizal Tahir
5. Akim

P/S: Sekadar ramalan peribadi. Tidak ada kaitan dengan pengundian secara keseluruhan:)

Saturday, January 16, 2010

Review CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka:)


Salam buat semua pembaca blog...
Long time no see you guys:):)
HEHEHE.
Biasalah, malas dan sibuk bergabung memang susah nak bertandang ke laman blog sendiri.
So, entri hari ini saya nak buat review tentang album artis kesayangan saya...
Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza Taruddin.
Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-31 buat Dato' Siti Nurhaliza:)
Semoga di sepanjang hampir 15 tahun pembabitan Dato' Siti dalam arena hiburan ini membawa 1001 semangat untuk menjadi yang lebih baik:)
I love you Dato' Siti Nurhaliza:)

Ok. Berhenti dulu berceloteh. Mari kita singkap apa yang sebenarnya ada dalam album terbaru Dato' Siti Nurhaliza dan kolaborasi bersama diva dari negara seberang, Kris Dayanti.

Kulit Album
3/ 5 Bintang

Pada pendapat saya, satu cubaan yang berani menggunakan warna ungu sebagai warna utama keseluruhan album ini. Kombinasi warna yang digunakan tidak berapa menarik kerana tidak banayk menggunakan teknik 'gradient' untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Gambar Dato' CT dan KD di muka depan album ini sangat cantik dan sangat elegan. Terpancar sinar keyakinan dan keikhlasan mereka merakamkan album ini khas untuk peminat2 di luar sana. Elemen awan larat a.k.a kerawang tak dapat dipisahkan lagi dengan album2 Dato' Siti Nurhaliza yang sebelumnya. Masih lagi menarik namun kalau diperhalusi lagi hasil kerjanya sudah pasti akan lebih memberikan kepuasan.

Track 1: Jika Kau Tak Datang

Permulaan lagu yang cukup bertenaga. Gabungan suara yang hebat. I'm speechless. I never know that Audi Mok is this creative after fall in love with his 'Ku Percaya Ada Cinta'. Sangat dipengaruhi unsur techno dan disco. Mungkin juga boleh digunakan oleh remaja2 yang minat dengan tarian shuffle di luar sana. Sumpah sedap. Hehehe. Amat bertenaga dan penuh dengan keyakinan. Part muzik berhenti selepas permulaan amat mengagumkan. Saya tak setuju jika orang membandingkan lagu ini dengan lagu Drama nyanyian Ning Baizura, Nikki & Yanie. bagi saya lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan saya harap yang lagu ini dapat menjadi second single dari album ini.

5/5 Bintang:)

Track 2: Sebagai Teman

Sharon Paul. Very remarkable name. Yes. Saya sangat suka dengan lagu Hati hasil nukilannya yang sehingga kini kekal sebagai salah satu lagu kegemaran saya. lagu ini merupakan satu slow number yang saya kira penuh bermelankolik. Sangat syahdu dan di sini kehebatan vokal Dato' CT n KD tidak boleh dipertikai lagi. Kisahnya mengenai persahabatan yang saya kira amat dekat dengan hati kita. Lirik yang bagus. Satu pujian sewajarnya diberikan buat Sharon Paul dan penulis lirik, Lew Mable.

4.5/5 Bintang:)

Track 3: Tanpamu

Saya tidak menyangka yang lagu ini mampu menjadi begitu syahdu apabila hanya sekadar melihat kepada nama penciptanya sahaja. Lagu yang digubah sempurna dan amat membelai jiwa. melodi yang mudah untuk kita tangkap dan lirik yang begitu mudah namun memberikan kesan yang mendalam. Lenggok Melayu CT jelas menjadi kekuatan lagu ini dan KD pula menyerlahkan lagi kekuatan lagu ini dengan powerhouse vokalnya. Sesiapa yang mendengar pasti tersentuh kerana 'mu' dalam lagu ini boleh ditafsirkan sebagai sesiapa sahaja; ibu, rakan, kekasih dan sebagainya. Jujurnya, saya mengalirkan air mata apabila mendengarkan lagu ini buat pertama kali. Syabas Charlie ST 12!!

5/5 Bintang:)

Track 4: Amarah

Meletakkannya sebagai first single merupakan tindakan yang sangat bijak. Bunyi string dan komposisi muzik yang berbeza dan segar menjadi kekuatan utama lagu ini. Dato' CT meneruskan kemahirannya bermadah apabila menciptakan lirik buat lagu ini. Memang nak marah dibuatnya:) Amarah boleh kita tafsirkan sebagai suara hati kaum Hawa untuk disuarakan kepada kita, kaum Adam:) Syabas sekali lagi Audi Mok di atas keberanian berkarya secara kreatif.

5/5 Bintang:)

Track 5: Hanya Dia

Pada mulanya, saya mengharapkan lagu ini akan menjadi sehebat Bisakah berdasarkan melihat kepada nama penciptanya, Aubrey Suwito. namun, harapan yang saya sandarkan hanyalah impian. Hanya Dia merupakan sebuah track saya kira sedap namun tidak sehebat Bisakah. Mungkin track ini mengambil formula lagu2 Dato' Siti Nurhaliza, yakni harus didengar berulang kali barulah kita akan menyukainya. Dan ternyata tepat. Hanya Dia amat sesuai didengar oleh insan2 yang dalam percintaan kerana mendengarkannya sahaja akan membawa anda melayang ke alam yang lain.

4/5 Bintang:)

Track 6: Dalam Diamku

Sebagai lagu terakhir dalam album ini, Dalam Diamku merupakan lagu yang paling saya minat. Keunikan permulaannya yang mengadaptasi Fur Elise dr Beethoven membuatkan saya cukup teruja mendengarkannya. Ada iras2 lagu Evanescence sedikit dan elemen sahut-sahutan antara KD dan CT amat unik. Single terbaik ciptaan Audi Mok!!! Memang saya asyik repeat lagu ini sahaja dalam pemain MP3 saya. Hehehe. Cukup unik dan berhantu!!

5.5/5 Bintang:p

Overall

Secara keseluruhannya, CTKD merupakan sebuah album yang hebat dengan garapan lagu yang baik oleh komposer2 yang berpengalaman. Permainan vokal KD dan CT setanding Mariah Carey dan Whitney Houston. Hasil yang mengagumkan dan tidak rugi membelinya.
Tahniah sekali lagi buat semua krew produksi!!!

5/5 Bintang!!!!!!!