Tuesday, December 15, 2009

2009: Menyingkap Sebuah Ceritera

Salam buat semua pembaca blog.
Sudah lama diri ini tidak menjengah ke ruang coretan rasa dan hati.
Bukan sengaja mahu menyepi, tetapi kesibukan menguasai diri.

Tahun 2009 sudah pun mahu hampir ke penghujungnya.
Banyak perkara yang berlaku dalam tahun ini.
Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit.
Namun inilah kehidupan.
Penuh cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi dengan tabah.
Qada' dan qadar yang telah ditentukan-Nya sepanjang tahun ini diterima dengan hati yang terbuka.

Kejohanan Debat Piala Naib Canselor baru berakhir. Dengan pencapaian yang boleh dikatakan agak cemerlang, kejohanan kali ini betul2 memberikan keyakinan buat saya dan sekarang saya percaya yang kadangkala tikus pun mampu kalahkan gajah:):)
Menang 4 sidang dari 6 sidang memberi petanda yang baik buat diri saya untuk lebih berusaha untuk menjadi lebih baik. Terima kasih buat semua keluarga debat saya:):)

Pencapaian dalam akademik boleh dikatakan agak baik dengan mengekalkan anugerah dekan yang saya terima untuk kali ketiga berturut2. Alhamdulillah. Saya berasa sangat bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan kepada saya. Namun, saya kira ruang untuk peningkatan masih terbuka dan saya masih lagi menyimpan hasrat melihat angka 4.0 tercatat di slip keutusan peperiksaan saya. 3.95 pada semester 2 dan 3.96 pada semester 3 bagaikan mendorong saya untuk lebih berusaha.
Semester depan subjek yang akan diambil kelihatan agak sukar. Permainan nombor bakal disambung kembali dengan subjek ekonomi. Pengetahuan tentang isu semasa bakal menjadi cabaran dalam "Issues In Modern Malaysia". Sudah pasti ianya pasti memberi banyak lagi cabaran.

Semester depan saya ada tanggungjawab besar untuk saya laksanakan. Menjadi ketua projek Festival Komunikasi a.k.a FESKOM membuatkan saya tidak mampu untuk duduk diam. Kejayaan FESKOM yang lepas menjadi penanda aras buat saya dan ahli KOMED yang lain merancang sesuatu yang lebih baik. Strategi perlu diatur dalam masa yang sama menyeimbangkan diri ini dengan pencapaian akademik yang baik dan kecemerlangan kokurikulum yang konsisten.

Tahun ini, saya kehilangan nenek tersayang. Saya hanya mampu berdoa yang rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang terpilih. Amin.
Keadaan ayah saya yang kurang sihat pula bagaikan memberi saya satu dorongan untuk lebih tekun belajar demi masa depan saya sendiri. Semoga kesihatannya bertambah baik. Amin.

Diharapkan agar kehadiran tahun baru 2010 bakal menjadi satu lagi tahun yang cemerlang buat diri ini. Amin. Saya mendoakan yang terbaik buat semua.

Akhir kata saya ingin memohon kemaafan kepada semua jika diri ini ada mengguris perasaan semua baik dari segi perlakuan, perbuatan mahupun percakapan. Doakan agar saya dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang sudi mengisi sebahagian kenangan perjalanan ini.

Friday, November 13, 2009

Alhamdulillah.

Salam buat semua pembaca blog.
Dah lama dah tak menjenguk ke blog ini dek kesibukan yang teramat sangat.
Bukan sibuk sikit2, tapi sibuk mengGILA:)
Semester ini banyak perkara manis, pahit, masin dan masam yang berlaku.
Bak kata orang, CUKUP RASA lah semester ni.

Semester ini jugaklah saya dilantik menjadi class rep which is one of the HARDEST thing yang saya pernah buat. Serius susah dan tension.
Penat2 pergi photostat assignment untuk classmate, last2 ada yang buat bodoh n tak ambik printed materials dari saya. Bengang. Serius bengang.
Ok. Next semester cari class rep baru k.
Masa tu baru tahu langit tinggi atau rendah.

Yang lain tu malas nak komen.
Kepenatan dan bosan.

On the academic side, semester ni banyak benda baru yang saya belajar.
Dari Adobe InDesign sehinggalah memegang kamera, semua pengalaman nie amat manis dan takkan pernah saya lupakan.
Subjek2 semester ni boleh tahan mencabar.
Final exam dah habis dan kecuakan dan kerisauan menunggu keputusan.
Harap dapat apa yang saya hajatkan.
Carry marks a.k.a On going assessment pun boleh tahan menakutkan.

So, harap dapat keputusan yang baik. Amin.

Jadi, cuti semester memang dinantikan oleh semua pelajar UiTM Melaka rasanya.
Saya?
Menghabiskan masa di Melaka bermula minggu depan (20 November) untuk menyertai Kejohanan Debat Piala Naib Canselor a.k.a VC Cup.
Wish me luck k.

Kehidupan ini bukanlah untuk kita sesalkan tetapi untuk kita hargai dan memperbaiki setiap kesilapan. Semoga semua rakan2 di UiTM Lendu selamat pulang ke destinasi masing2. Jumpa lagi semester hadapan jika panjang umur dan ada rezeki. Maaf atas segala kekhilafan.
I will miss you guys especially

My Roommates
Raz, Raydwin, Gaduk n Mus

My Classmates esp. Atul , Nay, Ashman n every DMC 3C members. Sayang kamu!!

My Debate members esp. Padin, Nora, Nadia, Afiq n yang lain.. Love you guys.

My Lecturers: Sir Kimi, Sir Rusydi, Miss Rossalynn, Miss Yazmin, Madam Sheila, Ustazah Noraini, Pak Abu, Madam Ashmalia

dan semua warga UiTM Lendu!!

Take Care!!
:):):):)
Wassalam.

Thursday, November 5, 2009

Happy Birthday Kak Aisyah:)







Despite of keadaan kolej aku yang ketiadaan air semalam dan hari ini, ditambah dengan kegelian memijak lantai yang airnya bertakung dek masalah kebocoran, kegelisahan menantikan 2 lagi paper final exam dan pelbagai kesulitan lagi, saya tak akan pernah lupa hari jadi seseorang yang sangat saya sayangi.

AISYAH ABDUL RAZAK

Memori dan kenangan bersamamu tak akan pernah luput dari ingatan.
Semoga kakanda Aisyah berbahagia di Ireland:)
Semoga ikatan ini takkan putus dan stay VOGUE!!

Selamat Hari Jadi Yang Ke-20 Kak Aisyah a.k.a SASHA SHONDAY :)

Saturday, October 17, 2009

Perdana Menteri

Salam semua. Lama tak update blog.
Sampai org cakap
" Sibuk mengalahkan Perdana Menteri"
Hahahaha.
Akan kembali menulis dalam waktu terdekat.

p/s: Berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikul:p (MOTIF)

Sunday, August 30, 2009

Merdeka:)

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua warga Malaysia terutamanya kepada para pemimpin.
Beberapa minit lagi akan genaplah 52 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, satu keadaan di mana kita perlu menghargainya jika kita tahu betapa sukar dan berusaha para pemimpin terdahulu memperjuangkannya.
Semoga diri saya, anda dan semua dapat menyelami erti kemerdekaan yang sebenar agar kita masih berpijak di bumi yang nyata yang kita rakyat Malaysia.

Semoga Malaysia akan lebih aman, lebih berjaya baik dari ekonomi, sosial mahupun politik.
Saya sayangkan negara saya dan berjanji akan cinta selama-lamanya untukmu, MALAYSIA.

Artis : Dato' Siti Nurhaliza
Komposer : Aubrey Suwito
Penulis Lirik : Dato' Siti Nurhaliza
Tajuk : Satu Malaysia

Kejayaanmu
Kebanggaanku
Semuanya atas satu perjuangan

Kesyukuranku
Keamananmu
Segalanya atas satu perpaduan

Rakyat bersatu seiring dan maju
Pencapaian jadi mercu

Satu tak mengenal bangsa
Tak memisahkan kita
Terus perkasa

Kita satu Malaysia
Teguh ikrar bersama
Negaraku tercinta
Satu bangsa Satu Malaysia

Thursday, August 20, 2009

Syaaban Pun Berbayu, Ramadhan Pun Bertamu

Salam buat semua pembaca blog.
Saya pasti di saat ini, semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia berasa gembira menantikan kedatangan Ramadhan kali ini.
Ya. Peluang berbuka bersama-sama keluarga tercinta sudah pasti memberikan satu erti kemanisan yang amat mendalam.
Bulan Ramadhan juga adalah bulan di mana, kebanyakan umat Islam mengambil kesempatan mendekatkan diri kepada-Nya.
Tarawikh, puasa serta doa merupakan aktiviti harian yang saya kira bakal diisi dengan keimanan yang bercambah merafa'kan syukur kepada-Nya atas segala nikmat yang telah diberikan.

Ramadhan kali ini mungkin juga berbeza bagi sesetengah dari kita yang menyambutnya tanpa belaian orang yang tersayang di sisi. Peluang berbuka puasa bersama arwah nenek tercinta Ramadhan lepas masih lagi segar diingatan. Bila tiba Ramadhan hati jadi sayu bila teringatkan saat-saat manis ke Bazar Ramadhan bersama arwah abang yang tersayang. Walaupun mereka berdua tiada lagi disisi, saya pasti bukan sahaja diri ini yang merindui. Semoga kalian tenang bersama-Nya.

Ramadhan mencabar kita semua dari segi ketahanan semua aspek. Fizikal, mental, emosi dan spiritual bakal diduga sepanjang bulan ini. Ya. Kadang kala diri ini juga tewas. Berbelanja sakan di Bazar akibat akur dengan kehendak nafsu tetapi akhirnya juadah berlebih-lebihan. Semoga Ramadhan kali ini boleh saya jadikan platform mengawal nafsu saya. :)

Sambil itu, diri ini terfikir bagaimanlah agaknya saudara2 kita yang lain menyambut Ramadhan kali ini? Adakah seselamat kita di sini? Hanya doa mampu ditadahkan agar umat Islam kita di seantero dunia dapat menyambut kedatangan Ramadhan kali ini dengan penuh barakah, bukan dengan serakah berpayungkan darah.

Akhir kata selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat keluarga di Raub, seluruh warga UiTM terutamanya pensyarah serta rakan-rakan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, warga SM Sains Tengku Abdullah, putera2 Lekir, orang2 kampung di Raub dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini dan tak dilupa; seluruh umat Islam.

Selamat Berpuasa!!!