Saturday, January 16, 2010

Review CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka:)


Salam buat semua pembaca blog...
Long time no see you guys:):)
HEHEHE.
Biasalah, malas dan sibuk bergabung memang susah nak bertandang ke laman blog sendiri.
So, entri hari ini saya nak buat review tentang album artis kesayangan saya...
Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza Taruddin.
Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-31 buat Dato' Siti Nurhaliza:)
Semoga di sepanjang hampir 15 tahun pembabitan Dato' Siti dalam arena hiburan ini membawa 1001 semangat untuk menjadi yang lebih baik:)
I love you Dato' Siti Nurhaliza:)

Ok. Berhenti dulu berceloteh. Mari kita singkap apa yang sebenarnya ada dalam album terbaru Dato' Siti Nurhaliza dan kolaborasi bersama diva dari negara seberang, Kris Dayanti.

Kulit Album
3/ 5 Bintang

Pada pendapat saya, satu cubaan yang berani menggunakan warna ungu sebagai warna utama keseluruhan album ini. Kombinasi warna yang digunakan tidak berapa menarik kerana tidak banayk menggunakan teknik 'gradient' untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Gambar Dato' CT dan KD di muka depan album ini sangat cantik dan sangat elegan. Terpancar sinar keyakinan dan keikhlasan mereka merakamkan album ini khas untuk peminat2 di luar sana. Elemen awan larat a.k.a kerawang tak dapat dipisahkan lagi dengan album2 Dato' Siti Nurhaliza yang sebelumnya. Masih lagi menarik namun kalau diperhalusi lagi hasil kerjanya sudah pasti akan lebih memberikan kepuasan.

Track 1: Jika Kau Tak Datang

Permulaan lagu yang cukup bertenaga. Gabungan suara yang hebat. I'm speechless. I never know that Audi Mok is this creative after fall in love with his 'Ku Percaya Ada Cinta'. Sangat dipengaruhi unsur techno dan disco. Mungkin juga boleh digunakan oleh remaja2 yang minat dengan tarian shuffle di luar sana. Sumpah sedap. Hehehe. Amat bertenaga dan penuh dengan keyakinan. Part muzik berhenti selepas permulaan amat mengagumkan. Saya tak setuju jika orang membandingkan lagu ini dengan lagu Drama nyanyian Ning Baizura, Nikki & Yanie. bagi saya lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan saya harap yang lagu ini dapat menjadi second single dari album ini.

5/5 Bintang:)

Track 2: Sebagai Teman

Sharon Paul. Very remarkable name. Yes. Saya sangat suka dengan lagu Hati hasil nukilannya yang sehingga kini kekal sebagai salah satu lagu kegemaran saya. lagu ini merupakan satu slow number yang saya kira penuh bermelankolik. Sangat syahdu dan di sini kehebatan vokal Dato' CT n KD tidak boleh dipertikai lagi. Kisahnya mengenai persahabatan yang saya kira amat dekat dengan hati kita. Lirik yang bagus. Satu pujian sewajarnya diberikan buat Sharon Paul dan penulis lirik, Lew Mable.

4.5/5 Bintang:)

Track 3: Tanpamu

Saya tidak menyangka yang lagu ini mampu menjadi begitu syahdu apabila hanya sekadar melihat kepada nama penciptanya sahaja. Lagu yang digubah sempurna dan amat membelai jiwa. melodi yang mudah untuk kita tangkap dan lirik yang begitu mudah namun memberikan kesan yang mendalam. Lenggok Melayu CT jelas menjadi kekuatan lagu ini dan KD pula menyerlahkan lagi kekuatan lagu ini dengan powerhouse vokalnya. Sesiapa yang mendengar pasti tersentuh kerana 'mu' dalam lagu ini boleh ditafsirkan sebagai sesiapa sahaja; ibu, rakan, kekasih dan sebagainya. Jujurnya, saya mengalirkan air mata apabila mendengarkan lagu ini buat pertama kali. Syabas Charlie ST 12!!

5/5 Bintang:)

Track 4: Amarah

Meletakkannya sebagai first single merupakan tindakan yang sangat bijak. Bunyi string dan komposisi muzik yang berbeza dan segar menjadi kekuatan utama lagu ini. Dato' CT meneruskan kemahirannya bermadah apabila menciptakan lirik buat lagu ini. Memang nak marah dibuatnya:) Amarah boleh kita tafsirkan sebagai suara hati kaum Hawa untuk disuarakan kepada kita, kaum Adam:) Syabas sekali lagi Audi Mok di atas keberanian berkarya secara kreatif.

5/5 Bintang:)

Track 5: Hanya Dia

Pada mulanya, saya mengharapkan lagu ini akan menjadi sehebat Bisakah berdasarkan melihat kepada nama penciptanya, Aubrey Suwito. namun, harapan yang saya sandarkan hanyalah impian. Hanya Dia merupakan sebuah track saya kira sedap namun tidak sehebat Bisakah. Mungkin track ini mengambil formula lagu2 Dato' Siti Nurhaliza, yakni harus didengar berulang kali barulah kita akan menyukainya. Dan ternyata tepat. Hanya Dia amat sesuai didengar oleh insan2 yang dalam percintaan kerana mendengarkannya sahaja akan membawa anda melayang ke alam yang lain.

4/5 Bintang:)

Track 6: Dalam Diamku

Sebagai lagu terakhir dalam album ini, Dalam Diamku merupakan lagu yang paling saya minat. Keunikan permulaannya yang mengadaptasi Fur Elise dr Beethoven membuatkan saya cukup teruja mendengarkannya. Ada iras2 lagu Evanescence sedikit dan elemen sahut-sahutan antara KD dan CT amat unik. Single terbaik ciptaan Audi Mok!!! Memang saya asyik repeat lagu ini sahaja dalam pemain MP3 saya. Hehehe. Cukup unik dan berhantu!!

5.5/5 Bintang:p

Overall

Secara keseluruhannya, CTKD merupakan sebuah album yang hebat dengan garapan lagu yang baik oleh komposer2 yang berpengalaman. Permainan vokal KD dan CT setanding Mariah Carey dan Whitney Houston. Hasil yang mengagumkan dan tidak rugi membelinya.
Tahniah sekali lagi buat semua krew produksi!!!

5/5 Bintang!!!!!!!

3 comments:

Anon said...

haha.penuh synopsis tu.haha

Aini Sakinah said...

wowwww. pandai la u bermadah. hihi.. setuju gle dgn semue ape yg u ckp. and yes, Dalam Diamku i repeat byk kali tyme driving to work. same la..
lagu tu unik :D

Aini Sakinah said...

wowwww. pandai nye u bercerite. hihi..
setuju gle dgn ape smue yg u tulis. and yes, i pun repeat byk kali track Dalam Diamku tyme driving to work.
lagu tu sgt2 unik :D