Thursday, July 15, 2010

Review Mantra


Salam buat semua pembaca blog.
Semalam, saya berkesempatan menyinggah ke GSC, Dataran Pahlawan untuk menonton sebuah lagi filem seram tempatan yang diberi judul Mantra.

Mengikut kamus dewan, istilah Mantra tidaklah wujud sebenarnya tetapi ejaan yang lebih tepat ialah Mantera.

Secara kasarnya, ia membawa maksud kata atau ayat yang diucapkan boleh menimbulkan kuasa ghaib a.k.a jampi.

Baiklah, sebelum itu saya terlebih dahulu telah menonton trailer filem tersebut. Tidak keterlaluan jika saya katakan trailernya merupakan antara trailer terbaik filem tempatan

*teruja*

Dan....

Hasilnya, bersama dua orang teman rapat saya telahpun menonton filem ini.

Secara jujurnya, filem ini sebenarnya jatuh dalam kategori biasa-biasa sahaja. Bukan menjatuhkan maruah filem tempatan, tetapi sekadar berkongsi pandangan. Apa yang menarik tentang filem ini, banyak adegan yang boleh membuatkan anda muntah. Antaranya, adegan potong dan memakan mayat. Juga adegan di mana kulit beberapa watak dikerumuni ulat dan kudis. Sangat geli.

Baiklah, pada pendapat saya filem ini kurang di mana tidak banyak elemen suspen ditonjolkan. Tidak seperti Jangan Pandang Belakang & Santau, filem ini lebih banyak memfokuskan tentang permainan perasaan melibatkan dendam dan cinta.

Yang menarik lagi tentang filem ini adalah ada babak di mana Zul Handy Black yang melakonkan watak Muzir berbogel. Walaupun hanya pada sisi belakang, namun dia tetap berbogel. Antara perkembangan bagus industri filem tempatan. Sudah mula berani berkarya dengan berpandukan nilai seni. Ana Dahlia, bintang baru kelahiran program realiti TV Pilih kasih juga tidak kurang hebatnya. Lakonan pendatang baru ini wajar dipuji.

Zul Handy Black berjaya memainkan watak Muzir dengan penuh emosi, Dari cintanya terhadap Ani sehinggalah dendamnya terhadap Hasbi, setiap bentuk emosi yang dizahirkan hidup. Lakonan Hasnul Rahmat juga tidak kurang hebatnya. Tidak pernah saya menyangka beliau juga dalang dalam cerita ini.

Sesungguhnya, keberanian Azhari Zain menerbitkan filem sedemikian rupa dengan menggunakan pelakon yang kurang ternama wajar diberi pujian. Barisan pelakon Mantra berjaya membuktikan yang bakatlah taruhan mereka, bukan sekadar rupa dan gaya.

Keseluruhannya, Mantra merupakan sebuah garapan emosi yang diadun dengan elemen misteri agar penghayatan hakiki pencinta seni mudah dizahirkan kembali melalui cetusan idea bernas insan bergelar anak seni.

***
3 Bintang

1 comment:

khairul najmi yusof said...

film ni shoot kat lenggong tau dhiya. ha3... tetiba rasa bangga sikit =)