Thursday, September 2, 2010

Raya Oh Raya

Salam semua:)
Heee
Sudah lama tidak menulis
Nak kata sibuk, tidak berapa sangatlah
:)
Hik3x

Well, time tgh tulis ni baru lepas siap packing barang dan kemas rumah
Nak siap2 balik ke kampung:)
Serius saya rindu sangat2 dengan kampung saya:)
RAUB
Ya, saya rindu awak
Lagi beberapa jam, saya akan jejakkan kaki saya ke Raub!
Yeay!

Raya macam biasa
Masa family berkumpul. Seronok layan karenah anak2 sedara saya yang semuanya suka membuli Usu dia ni. Siap kamu 8 orang. Hehehe.
Kakak2 dan abang saya sudah pasti tahun ini saya mengharapkan duit raya yang lebih!
Hehehe
Gurau je, tapi kalau nak bagi lebih2, tidak pernah menyalahi mana2 akta ok!

Mak ngan abah.
Dua entiti terpenting dalam hidup saya.
Tak sabar nak peluk cium diorang.
Dan yang penting
masakan mak...
waaaa...
dah lama tak makan bai...
Gulai Tempoyak Ikan Patin dah mula berenang2 dalam fikiran saya:)
Hehehe

Time raya jugaklah nak jumpa kawan2 lama
Raya ni banyak plan saya
Almaklumlah, sudah ada lesen
:)
Weeeee

Okay.
Raya kali ni special sebab saya nak buat kuih raya dan kek raya.
Semenjak ada oven ni, makin rajin plak.
Hari tu dah buat Cornflakes Made n Apple Raisin Cake.
Nantikan yer wahai sekalian penduduk Raub.
Chef Dhiya bakal menggegarkan anda semua!
Hehehe

Masa raya ni jugak nak g umah mak2 sedara, pak2 sedara ngan sepupu sepapat.
Diorang ni rapat giler dgn saya. Dan tak lupa untuk semua yang mengenali diri ini, mai2 jemput datang rumah!!!!

Hurmm
Tak tau nak cakap apa dah.
Cuma di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini especially warga UiTM Lendu khususnya para Masscommites sekalian, kawan2 yang lain, penduduk Raub, rakan-rakan di SEMESTA & SKUG dulu, penduduk Lendu
dan semualah!
Hehehe
Jumpa lagi lepas raya
semoga selamat selalu dan berada dalam keadaan yang ceria
Amin.
Semoga Allah S.W.T memberkati perjalanan kita semua!

Ahlan Wasahlan:)




Thursday, August 19, 2010

America's Next Top Model Cycle 15: High Fashion Fever!


Anamaria


Ann


Chelsey


Kayla


Kacey


Kendal


Lexie


Liz


Rhianna


Terra (Chris' sister)


Chris (Terra's sister)


Sara


Esther


Jane

I love Anamaria, Liz & Terra:)

Who's your favourite?

P/s: credit to CWTV :)

Tuesday, August 10, 2010

Puasa, KOMED, The Last Airbender dan ...

Salam buat semua pembaca blog:)
Sudah sebulan tidah meninjau suasana di sini.
Mungkin pembaca semua merindui saya agaknya:)
Hehehehe

Pertamanya, tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam di muka bumi ini.
Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat dan keampunan buat kita semua.
Jgn ponteng puasa heh:)
Tak baik.
Huhuhu.
Time saya tgh tulis post ni, baru je lepas sahur Scrambled Egg.
Hahaha.
Feeling orang putih sgt.
Apa nak buat hampir 9 bulan hidup tanpa sebutir nasi.
Sangat mengidamkan sushi dan rakan-rakannya. Takpe, kena bawak bersabar sampai 2011.
2010, tahun tanpa nasi:)

Okaylah, move on kepada topik kedua iaitu KOMED.
Anyway, KOMED ialah satu kelab yang bernaung di bawak Fakulti Komunikasi & Pengajian Media.
Well, last year, saya telah diberi amanah untuk menjadi YDP kelab ni.
Satu tanggungjawab yang besar tapi saya terima seadanya.
Menjadi sebahagian dari majlis tertinggi membuatkan saya sedar yang bukan mudah berapa di posisi kepimpinan. Anda harus terima akan ada pihak yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang. Tapi semua tu anda kena ambil jadi motivasi untuk diri anda.
Sangat seronok berada dalam KOMED.
Kepada MT2 KOMED yang lain, saya sayang anda semua dan memori kita bersama takkan pernah lupus dari ingatan saya.
Barisan KOMED baru, apa yang saya harapkan buatlah yang lagi baik dari apa yang kami lakukan. Perbaiki semua kecelaan kami dan saya yakin dengan kepimpinan dan potensi anda semua.
Kepada para pensyarah, seniors, juniors dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, anda semua amat bermakna dalam hidup ini dan segala sokongan dan budi baik anda semua takkan pernah saya lupakan dan sehingga ke hembusan nafas terakhir pun, tidak mungkin saya mampu membalasnya.



Great people. Sayang kamu semua sampai mati!

Minggu lepas saya berkesempatan menonton filem yang saya sangat teruja menantikan kemunculannya di pawagam iaitu The Last Airbender. Tapi sayang indah khabar dari rupa. Jalan cerita serta kesan grafiknya cukup mengecewakan. Sudahlah menonton 3D, tapi hanya sari kata yang menonjol kesannya. Huh. Pulang dengan perasaan hampa.
Sepatutnya, sebagai seorang Avatar, mereka seharusnya tunjukkan bagaimana sang Avatar ini berjaya menguasai kesemua elemen tanah, api, angin dan air.
Nasihat saya, kalau nak tgk pun, tgklah yang biasa jer. 3D tak berbaloi. *sigh*


Anda buat saya kecewa. 2/5 bintang.

Sampai di sini sahaja coretan saya. Semoga jumpa lagi:)

*Sedang gigih menyiapkan Comm Research*

Friday, July 16, 2010

Kamek Nanggah Sarawak :)

Salam semua.
Harap semua sihat2 belaka dan tidak mempunyai sebarang simptom2 penyakit berbahaya.
:)

Okay. How to begin this?
Last two months, i went to Sarawak. Is that clear enough to brief the whole idea about this entry?

HOPE SO.

:)

I've been there not for holiday purpose ataupun meminang mana2 gadis Sarawak:)
But, the main reason I was there is to participate in Kenyalang Debate Open.

Sebelum pergi, sangat excited okay. :)
Almaklumlah, pertama kali nak naik kapal terbang a.k.a AEROPLANE.
Hahahaha.
Teruja dan penuh ketaksuban.

Been there for 5 days was an amazing experience. You know, the people there were very friendly and they were all good looking. I mean it.
Hahaha. Despite of their cultural diversity, they still can live in a very harmony way.
The most important part is their food.
Sumpah sedap okay.

Antara menu-menu unik yang sempat menyinggah ke laman abdomen a.k.a perut saya

1. Umai
2. Mee Kolok
3. Ayam Pansuh
4. Linut
5. Laksa Sarawak

So, i would suggest you to have your holiday there.
:)
Amazing experience.

*Kamek sudah pandai klaka Sarawak*
:)


Kuching International Airport


The Spring, Kuching


With Rda, UiTM Kedah's Debater


With Nora, the most beautiful lady in town.


McD, LCCT


Thursday, July 15, 2010

Review Mantra


Salam buat semua pembaca blog.
Semalam, saya berkesempatan menyinggah ke GSC, Dataran Pahlawan untuk menonton sebuah lagi filem seram tempatan yang diberi judul Mantra.

Mengikut kamus dewan, istilah Mantra tidaklah wujud sebenarnya tetapi ejaan yang lebih tepat ialah Mantera.

Secara kasarnya, ia membawa maksud kata atau ayat yang diucapkan boleh menimbulkan kuasa ghaib a.k.a jampi.

Baiklah, sebelum itu saya terlebih dahulu telah menonton trailer filem tersebut. Tidak keterlaluan jika saya katakan trailernya merupakan antara trailer terbaik filem tempatan

*teruja*

Dan....

Hasilnya, bersama dua orang teman rapat saya telahpun menonton filem ini.

Secara jujurnya, filem ini sebenarnya jatuh dalam kategori biasa-biasa sahaja. Bukan menjatuhkan maruah filem tempatan, tetapi sekadar berkongsi pandangan. Apa yang menarik tentang filem ini, banyak adegan yang boleh membuatkan anda muntah. Antaranya, adegan potong dan memakan mayat. Juga adegan di mana kulit beberapa watak dikerumuni ulat dan kudis. Sangat geli.

Baiklah, pada pendapat saya filem ini kurang di mana tidak banyak elemen suspen ditonjolkan. Tidak seperti Jangan Pandang Belakang & Santau, filem ini lebih banyak memfokuskan tentang permainan perasaan melibatkan dendam dan cinta.

Yang menarik lagi tentang filem ini adalah ada babak di mana Zul Handy Black yang melakonkan watak Muzir berbogel. Walaupun hanya pada sisi belakang, namun dia tetap berbogel. Antara perkembangan bagus industri filem tempatan. Sudah mula berani berkarya dengan berpandukan nilai seni. Ana Dahlia, bintang baru kelahiran program realiti TV Pilih kasih juga tidak kurang hebatnya. Lakonan pendatang baru ini wajar dipuji.

Zul Handy Black berjaya memainkan watak Muzir dengan penuh emosi, Dari cintanya terhadap Ani sehinggalah dendamnya terhadap Hasbi, setiap bentuk emosi yang dizahirkan hidup. Lakonan Hasnul Rahmat juga tidak kurang hebatnya. Tidak pernah saya menyangka beliau juga dalang dalam cerita ini.

Sesungguhnya, keberanian Azhari Zain menerbitkan filem sedemikian rupa dengan menggunakan pelakon yang kurang ternama wajar diberi pujian. Barisan pelakon Mantra berjaya membuktikan yang bakatlah taruhan mereka, bukan sekadar rupa dan gaya.

Keseluruhannya, Mantra merupakan sebuah garapan emosi yang diadun dengan elemen misteri agar penghayatan hakiki pencinta seni mudah dizahirkan kembali melalui cetusan idea bernas insan bergelar anak seni.

***
3 Bintang

Thursday, July 8, 2010

Semester Baru.

Salam buat semua pembaca blog.
Sudah lama rasanya tidak menjengah ke laman milik sendiri ini.
Bersawang dibuatnya.
Apa-apapun terima kasih kepada yang sudi untuk membaca bingkisan diri ini yang tak seberapa.

Banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama.
Sepanjang cuti semester yang lalu, saya jarang lekat di rumah.
Ada sahaja program yang harus saya ikuti.
Apa mahu buat, atas dasar tanggungjawab dan minat hidup perlu saya teruskan.
Paling menarik ialah mendapat peluang untuk bertandang ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

It was a great experience. The food there was good. Really good. From Laksa Sarawak to Mee Kolok, i missed those delicacies. Perhaps, i might going back to Sarawak again to have these great food.

Selepas ke Sarawak, saya diberi kesempatan sekali lagi untuk ke negeri Perlis Indera Kayangan untuk Kejohanan Debat Arau Open. Sekali lagi, pengalaman ditimba dan kali ini saya berkesempatan melancong ke bumi gula ini dengan melawat ke beberapa tempat yang menarik seperti Gua Kelam, Padang Besar & Taman Ular.

Selesai di Perlis, saya kemudiannya menyertai Pesta Intelek & Hujah (PETAH) di PWTC bersempena dengan Youth 2010. Di sini saya berkesempatan memberikan khidmat amatur saya sebagai jurukamera demi membantu mencipta rekod debat 111 jam tanpa henti. Alhamdulillah, we did it!

Di Youth 2010 juga, saya ada menyertai NST Speakers Corner dan selepas penilaian dibuat, saya bersyukur kerana berjaya merangkul tempat kedua dan membawa pulang hadiah bernilai RM 300.

Selepas PETAH, saya kembali ke bumi Raub untuk bersama keluarga tercinta. Saya juga berkesempatan pergi ke perkahwinan sepupu saya di Kedah. Perjalanan yang sangat jauh tetapi menarik kerana dapat berada di sisi keluarga tersayang.

Berkenaan keputusan peperiksaan, saya bersyukur kepada-Nya kerana masih lagi diberi kesempatan menikmati rezeki dari-Nya. Walaupun sasaran 4 tidak berjaya dicapai, keputusan 3.95 yang sedia ada menjadi pembakar semangat saya untuk terus berusaha demi masa depan saya dan keluarga saya.

Semester baru ini, saya duduk di luar. Sedih sebab dah tak ada suasana kolej macam dulu. Tapi apa boleh buat. Putaran hidup ini mengkehendakkan kita untuk berhijrah dan menerima segala bentuk dugaan. Subjek semester ini bukan calang2 subjek. Semester ini bukanlah semester yang mudah kerana bebanan kerja akan menjadi bertambah banyak.

Akhir kata, doakan kejayaan saya di sini. Buat mak, abah dan keluarga, saya akan buat yang terbaik. Buat semua kawan-kawan di UiTM Lendu, selamat menjalani semester baru dan semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Kepada senior2 degree terutamanya Padin yang selalu support saya, good luck in Shah Alam. Lain tempat tak bermaksud lain fahaman. Melaka sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda ke bumi Hang Tuah ini.

:)

Friday, May 7, 2010

Top 4 America's Next Top Model Cycle 14

America's Next Top Model is now down to Top 4. Next week is the 2 hour finale of ANTM. There will be a double elimination before the final runway. After the elimination of Alasia and Jessica, these are my current rankings of the girls.

4th Place: Angelea


3rd Place: Krista


2nd Place: Alexandra


1st Place: Raina


Who's your favourite?

Disclaimer: This is just an opinion and personal favourites from the writer. It would not affect the real result of the competition :p

Image © The CW Network, LLC. All Rights Reserved.