Thursday, July 8, 2010

Semester Baru.

Salam buat semua pembaca blog.
Sudah lama rasanya tidak menjengah ke laman milik sendiri ini.
Bersawang dibuatnya.
Apa-apapun terima kasih kepada yang sudi untuk membaca bingkisan diri ini yang tak seberapa.

Banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama.
Sepanjang cuti semester yang lalu, saya jarang lekat di rumah.
Ada sahaja program yang harus saya ikuti.
Apa mahu buat, atas dasar tanggungjawab dan minat hidup perlu saya teruskan.
Paling menarik ialah mendapat peluang untuk bertandang ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

It was a great experience. The food there was good. Really good. From Laksa Sarawak to Mee Kolok, i missed those delicacies. Perhaps, i might going back to Sarawak again to have these great food.

Selepas ke Sarawak, saya diberi kesempatan sekali lagi untuk ke negeri Perlis Indera Kayangan untuk Kejohanan Debat Arau Open. Sekali lagi, pengalaman ditimba dan kali ini saya berkesempatan melancong ke bumi gula ini dengan melawat ke beberapa tempat yang menarik seperti Gua Kelam, Padang Besar & Taman Ular.

Selesai di Perlis, saya kemudiannya menyertai Pesta Intelek & Hujah (PETAH) di PWTC bersempena dengan Youth 2010. Di sini saya berkesempatan memberikan khidmat amatur saya sebagai jurukamera demi membantu mencipta rekod debat 111 jam tanpa henti. Alhamdulillah, we did it!

Di Youth 2010 juga, saya ada menyertai NST Speakers Corner dan selepas penilaian dibuat, saya bersyukur kerana berjaya merangkul tempat kedua dan membawa pulang hadiah bernilai RM 300.

Selepas PETAH, saya kembali ke bumi Raub untuk bersama keluarga tercinta. Saya juga berkesempatan pergi ke perkahwinan sepupu saya di Kedah. Perjalanan yang sangat jauh tetapi menarik kerana dapat berada di sisi keluarga tersayang.

Berkenaan keputusan peperiksaan, saya bersyukur kepada-Nya kerana masih lagi diberi kesempatan menikmati rezeki dari-Nya. Walaupun sasaran 4 tidak berjaya dicapai, keputusan 3.95 yang sedia ada menjadi pembakar semangat saya untuk terus berusaha demi masa depan saya dan keluarga saya.

Semester baru ini, saya duduk di luar. Sedih sebab dah tak ada suasana kolej macam dulu. Tapi apa boleh buat. Putaran hidup ini mengkehendakkan kita untuk berhijrah dan menerima segala bentuk dugaan. Subjek semester ini bukan calang2 subjek. Semester ini bukanlah semester yang mudah kerana bebanan kerja akan menjadi bertambah banyak.

Akhir kata, doakan kejayaan saya di sini. Buat mak, abah dan keluarga, saya akan buat yang terbaik. Buat semua kawan-kawan di UiTM Lendu, selamat menjalani semester baru dan semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Kepada senior2 degree terutamanya Padin yang selalu support saya, good luck in Shah Alam. Lain tempat tak bermaksud lain fahaman. Melaka sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda ke bumi Hang Tuah ini.

:)

1 comment:

Cik Dayah said...

heh kau suke makanan srwk ?
ingat diet weh !
hahaa :D