Salam buat semua pembaca blog:)
Sudah sebulan tidah meninjau suasana di sini.
Mungkin pembaca semua merindui saya agaknya:)
Hehehehe
Pertamanya, tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam di muka bumi ini.
Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat dan keampunan buat kita semua.
Jgn ponteng puasa heh:)
Tak baik.
Huhuhu.
Time saya tgh tulis post ni, baru je lepas sahur Scrambled Egg.
Hahaha.
Feeling orang putih sgt.
Apa nak buat hampir 9 bulan hidup tanpa sebutir nasi.
Sangat mengidamkan sushi dan rakan-rakannya. Takpe, kena bawak bersabar sampai 2011.
2010, tahun tanpa nasi:)
Okaylah, move on kepada topik kedua iaitu KOMED.
Anyway, KOMED ialah satu kelab yang bernaung di bawak Fakulti Komunikasi & Pengajian Media.
Well, last year, saya telah diberi amanah untuk menjadi YDP kelab ni.
Satu tanggungjawab yang besar tapi saya terima seadanya.
Menjadi sebahagian dari majlis tertinggi membuatkan saya sedar yang bukan mudah berapa di posisi kepimpinan. Anda harus terima akan ada pihak yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang. Tapi semua tu anda kena ambil jadi motivasi untuk diri anda.
Sangat seronok berada dalam KOMED.
Kepada MT2 KOMED yang lain, saya sayang anda semua dan memori kita bersama takkan pernah lupus dari ingatan saya.
Barisan KOMED baru, apa yang saya harapkan buatlah yang lagi baik dari apa yang kami lakukan. Perbaiki semua kecelaan kami dan saya yakin dengan kepimpinan dan potensi anda semua.
Kepada para pensyarah, seniors, juniors dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, anda semua amat bermakna dalam hidup ini dan segala sokongan dan budi baik anda semua takkan pernah saya lupakan dan sehingga ke hembusan nafas terakhir pun, tidak mungkin saya mampu membalasnya.
Great people. Sayang kamu semua sampai mati!
Minggu lepas saya berkesempatan menonton filem yang saya sangat teruja menantikan kemunculannya di pawagam iaitu The Last Airbender. Tapi sayang indah khabar dari rupa. Jalan cerita serta kesan grafiknya cukup mengecewakan. Sudahlah menonton 3D, tapi hanya sari kata yang menonjol kesannya. Huh. Pulang dengan perasaan hampa.
Sepatutnya, sebagai seorang Avatar, mereka seharusnya tunjukkan bagaimana sang Avatar ini berjaya menguasai kesemua elemen tanah, api, angin dan air.
Nasihat saya, kalau nak tgk pun, tgklah yang biasa jer. 3D tak berbaloi. *sigh*
Anda buat saya kecewa. 2/5 bintang.
Sampai di sini sahaja coretan saya. Semoga jumpa lagi:)
*Sedang gigih menyiapkan Comm Research*