Sunday, May 3, 2009

Lentera Timur: Album Terbaik AIM 16



Tahniah diucapkan kepada Dato' Siti Nurhaliza di atas kemenangan beliau dalam majlis Anugerah Industri Muzik tanah air.

Ternyata Lentera Timur memang berkualiti apabila berjaya memenangi anugerah utama dan paling berprestij dalam majlis anugerah yang saya kira di antara majlis anugerah yang paling dinantikan kerana konsepnya yang berbeza, karya dinilai oleh juri-juri professional bukan seperti anugerah-anugerah lain yang medium penilaiannya berdasarkan undian peminat.

Juri telah bersuara, Lentera Timur diangkat menjadi Album Terbaik AIM 16.

Tahniah kepada pihak produksi, komposer dan penerbitan serta seluruh krew yang telah berhempas pulas menjadikan Lentera Timur sebuah karya yang saya kira agung.

Secara jujurnya, saya agak kecewa kerana Di Taman Teman tewas di tangan Nafas Cahaya bagi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik. Namun begitu, kemantapan vokal Dato' Siti Nurhaliza memang tidak dapat ditandingi lagi. Menerusi lagu Di Taman Teman, Dato' Siti Nurhaliza berjaya mengenepikan Shila, Dina dan Ayu yang kesemuanya merupakan pendatang baru dalam industri hiburan tanah air.

Aubrey Suwito berjaya membuktikan kehebatannya dan juga kreativitinya dalam penggubahan lagu apabila lagu tema Spa Q nyanyian Dato' Siti Nurhaliza, Pada Cinta-Nya berjaya mengungguli kategori Susunan Lagu Terbaik.

Apa-apapun seluruh majlis berjaya ditangani dengan baik oleh Adflin Shauki, Bob Lokman dan Adibah Noor. Cuma saya kira senarai persembahan pada malam semalam, tidak berapa menarik. Tahniah diucapkan kepada Ramli MS di atas susunan muzik majlis malam tadi.
Semoga AIM 17 bakal membawa perubahan yang lebih besar lagi buat industri muzik tanah air.

My Favourite Song in Lentera Timur

1. Cinta Ini- 10/10
2. Di Taman Teman- 10/10
3. Ada Masa Mata- 10/10
4. Jelmakanlah Ayumu- 9.5/10
5. Di Kayangan Kita- 9.5/10
6. Rasa Antara Kita- 9/10
7. Bintang Malam- 9/10
8. Joget Menanti Kasih- 8/10
9. Bulan Yang Mesra- 8/10
10. Senyum Minang Manis- 7.5/10
11. Seloka Budi- 7/10

No comments: