Tuesday, July 28, 2009

Kelalaian. Hanyut. Ingkar.

Salam buat semua pembaca blog.
Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Entri kali ini hanyalah satu bentuk renungan untuk diri saya dan mungkin anda juga boleh memanfaatkannya bersama.

Dalam hidup ini, sudah menjadi satu fitrah untuk manusia lupa, lalai seketika atau mungkin juga dalam jangka masa yang lama dalam dunia yang mereka
ciptakan.

Ya.

Kita lupa pada-Nya yang banyak memberi kita nikmat.
Betul cakap mak, macam mana Allah nak ingat kita kalau kita tak ingat Allah.
Hurmm.

Sepatutnya, kita bersujud kepada-Nya dan tidakkah kita ingat akan perjanjian yang kita lakukan dengan-Nya sewaktu melafazkan kalimah shahadah.

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.

Dan semoga diri ini menjadi lebih baik dan terus istiqamah merafa'kan doa buat-Nya.
Amin.

Sunday, July 26, 2009

Memori

Salam buat semua pembaca blog.
Sudah lama rasanya tidak mengemaskini blog yang tidak seberapa ini.
Alasannya tetap sama. Sibuk.
Ya, kalau dikira sibuknya kita ni, sudah pasti tidak ada satu kerja pun yang terlunas.
Setuju atau tidak terpulang tetapi itu hanyalah pandangan peribadi saya.

Baru saja kembali ke kampus setelah berehat selama seminggu.
Ya, tidak banyak perkara yang saya buat cuti ini melainkan mendapat kepuasan menjaga seorang insan yang saya amat sayangi sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.
Sepanjang saya menjaga beliau, tidak terlintas pun di minda ini yang beliau akan pergi meninggalkan saya dan keluarga buat selamanya.
8 tahun beliau tinggal bersama keluarga saya.
Kehilangan beliau cukup dirasakan.

Namun, kehidupan perlu diteruskan dengan tabah, sabar, cekal dan tekad.

Buat Allahyarham Bainah Binti Mat Akit, nenda yang tercinta, semoga ditempatkan bersama insan-insan yang terpilih dan beriman bersama Allah S.W.T.
Al-Fatihah.

p/s: Terima kasih kepada rakan-rakan di atas kiriman SMS mahupun ucapan takziah. Saya begitu menghargainya. Semoga anda semua berada di bawah lindungan-Nya selalu. Amin.

Saturday, July 11, 2009

Demi Masa

Salam buat semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini.
Minggu pertama kelas sudah berakhir.
Banyak perkara baru yang berlaku.
Pensyarah-pensyarah baru.
Rakan-rakan baru.
Suasana pembelajaran yang baru.
Dan banyak lagi.

Beberapa pensyarah seperti Miss Rossalynn (journalism), Miss Fatimah Yazmin (public relations), Mr. Rusydi (graphic) and Mr. Hakimi (photo comm) mula memberikan gambaran awal tentang betapa sukarnya keadaan yang akan kami hadapi di sepanjang pengajian semester ketiga ini.

Rumusan yang dapat dibuat.

Kerja yang tidak bertangguh.

Ya. Saya percaya pada usaha.
Bak kata emak, orang bodoh kalau usaha, boleh jadi pandai tapi kalau dah pandai tapi tak usaha, lain jadinya.
Saya pegang azimat itu di sepanjang saya berada di sini.
Hanya usaha yang saya kira adalah senjata paling ampuh untuk berjaya.

Allah S.W.T sendiri ada menyebut yang nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkna mereka sendiri yang mengubahnya.

Kepada keluarga di Raub, saya berjanji yang saya akan melunaskan tanggungjawab saya sebaik mungkin semester ini.
Doakan saya.
Amin.

Semoga semester ini lebih baik dari semester-semester lepas buat saya dan anda semua.
Wassalam.

Friday, July 3, 2009

Selamat Datang Perjuangan

Salam buat semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini.
Rasanya sudah lama blog ini tidak di kemaskinikan.
Agak sibuk bulan lepas.
Baru sahaja habis menguruskan pelajar2 baru UiTM.
Minggu Mesra Siswa memang memenatkan tetapi memberikan kepuasan dan pengalaman baru yang saya kira amat berharga.
Amat menguji ketahanan fizikal dan mental.
Ditempatkan di Biro Dewan dan Protokol bukanlah sesuatu yang mudah.
Hampir 2000 ragam pelajar terpaksa dilayani sewaktu masuk dan berada di dalam dewan.
Namun, perasaan ini gembira tatkala ada insan2 yang menghargai.
Kepada semua mahasiswa-mahasiswi UiTM Melaka yang baru, all the best in your study:)

Perasaan ketika ini.
Rindu rumah serta isinya (mak, abah, etc.)
dan rindu
RAUB.

Isnin ni kuliah pertama semester ini bermula.
Gementar + teruja untuk belajar mengenai benda2 baru.
Semoga semester kali ini dapat menjadi lebih baik dari semester lepas baik dari segi pengurusan masa, keputusan dan sebagainya.
Diharap semua berjalan dengan lancar.
Amin.

Sehingga ketemu di lain masa. :)
Selamat belajar:)