Monday, April 20, 2009

Saya Kembali...

Salam semua pembaca blog saya...
setelah kira-kira 5 bulan menyepi...
saya kini kembali memblogging...
apa2pun, fokus tetap sama, berkongsi minat terhadap program realiti TV yang saya kira cukup memberi fenomena yang cukup besar terhadap kita terutamanya remaja...
apa2pun, sekarang musim peperiksaan di seluruh UiTM..
saya kira juga berlaku di beberapa institusi pengajian tinggi yang lain...
kawan-kawan saya di Kolej Matrikulasi sudah pun menamatkan pengajian mereka dan menunggu saat menyambung kembali perjuangan di peringkat yang saya kira lebih mencabar iaitu ijazah...
kepada semua rakan kelas DMC 2D, warga kolej Lekir, seluruh pelajar MassComm UiTM Melaka, siswa-siswi UiTM Melaka dan kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini, semoga kejayaan mengiringi usaha kita bersama di peperiksaan akhir...
selepas ini, fokus seterusnya adalah untuk meningkatkan prestasi diri dalam arena perdebatan...
kepada mak dan abah serta keluarga di kampung, saya amat merindui anda semua...
anda semualah pencetus inspirasi kepada saya untuk terus bertahan dan meneruskan perjuangan sebagai seorang insan di muka bumi ini....
segala pahit manis semester ini diharapkan dapat mengajar saya menjadi insan yang lebih matang dan berguna kepada bangsa, agama dan negara...amin...
semoga legasi anugerah dekan saya dapat diteruskan semester ini...
Amin....

No comments: