Salam buat semua pembaca blog.
Diharapkan semua pembaca blog berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendak-Nya.
Semalam saya telah ke pawagam untuk menonton satu filem seram hasil karya pengarah tempatan yang tidak asing lagi, Prof. Madya A.Razak Mohideen iaitu filem
Skrip 7707.Baiklah. Suasana di dalam panggung agak lengang. Kurang dari 30 orang datang menonton.
Ya. Mungkin kerana filem ini sudahpun lama ditayangkan. Tidak dinafikan pengaruh filem-filem baru yang lain seperti The Proposal dan Setem yang tempiasnya turut mengenai
Skrip 7707.Saya sebenarnya bukanlah seorang yang terlalu berani namun saya gemar menonton filem-filem bergenre sebegini terutamanya filem-filem seram tempatan. Sebut sahaja Jangan Pandang belakang, Jangan Tegur, Pontianak Harum Sundal Malam dan pelbagai lagi filem seram yang lain, hampir kesemuanya telah saya tontoni.
Mengambil konsep yang saya kira lebih kurang sama dengan "4-Bia@Phobia", sebuah filem seram dari Thailand,
Skrip 7707 yang menggabungkan 9 buah kisah seram yang kebanyakkannya sudah sebati dengan budaya kita cuba memaparkan kelainan yang tersendiri. Bak kata Prof. Madya melalui kajiannya tentang filem seram tempatan yang lambat kemuncak seramnya, satu pujian wajar diberikan kepada Prof serta seluruh tenaga produksi
Skrip 7707 kerana berani tampil dengan kelainan.
Kisah 1: Hantu Perempuan di AsramaKisah ini agak klise bagi mereka yang pernah tinggal di asrama. Ya. Bilik yang menyeramkan dan kisah orang bunuh diri. Apa yang kelakarnya ialah pelakon yang memegang watak hantu dalam kisah ini iaitu Kenchana Dewi. Beliau yang lebih dikenali dengan watak komedi bagaimanapun harus diberikan pujian di atas keberanian beliau menunjukkan pelbagai variasi watak. Anda telah buktikan yang anda bukanlah calang-calang pelakon.
Komen:Bagi saya, kisah ini adalah kisah yang paling kurang meter keseramannya. Cuma saya tertanya, apakah yang berlaku kepada Pekin selepas beliau dibawa oleh rakan-rakannya?
Kisah 2: Hantu dalam LifMemegang watak sebagai seorang pelajar Mass Comm, Que Haidar berjaya membawakan watknya dengan baik. Sekali lagi, pelakon komedi Sharifah Shahira membawakan watak hantu. Apa yang kurang di sini saya rasakan kesan solekan hantu pada Sharifah Shahira yang saya lihat tidak begitu menyeramkan.
Komen:Babak juntaian rambut yang keluar dari lubang penghawa dingin itu agak menjadi.
Kisah 3: Hantu pemakan bayi a.k.a bidan puakaMak Jah memgang watak sebagai seorang bidan yang terkenal. Namun ketika Almy Nadia, anak kepada Ruminah Sidek ingin bersalin, ada hantu yang telah menyamar sebagai Mak Jah dan telah memakan bayi Almy Nadia dan menyebabkan Almy Nadia mati akibat kehilangan banyak darah. Mak Jah yang mempunyai ilmu dalam perubatan tradisional telah menghapuskan hantu tersebut menggunakan sebilah keris.
Komen:Saya tidak puas melihat aksi Mak Jah melawan hantu tersebut.
Kisah 4: Kisah hantu roh yang tidak tenteram di sebuah wadSeorang wanita telah ditahan di wad dan telah dilawati oleh rakan-rakannya. Sesampainya di sana mereka telah membuat bising tanpa menyedari ada makhluk lain berada di situ. Mereka kemudiannya telah ditegur oleh seorang orang tua yang sebenarnya sudah mati. Mereka kemudiannya dikejar dan lari lintang pukang.
KomenCerita yang agak tergantung kerana tidak diceritakan siapakah lelaki tersebut dan kaitannya dengan wad tersebut.
Kisah 5: Kisah mayat berubah wajahSeorang penjaga rumah mayat terkejut apabila mendapati satu mayat telah berubah wajah. Dia didatangi oleh Seniwati Mariani sebagai emak kepada mayat tersebut dan Seniwati Mariani menceritakan tentang perilaku si mati semasa hidup. Namun, dia terkejut kerana mendapati yang Seniwati Mariani sebenarnya telah meninggal lima tahun dahulu.
Komen: Cerita yang agak bagus pengolahannya cuma kurang berjaya dari segi mood seram itu sendiri.
Kisah 6: Kisah seorang mayat pemuda yang datang menuntut haknyaSeorang pemuda yang mati dalam sebuah kemalangan telah pulang ke rumahnya bagi menuntut haknya yang sebenarnya adalah jarinya yang tersangkut di motosikalnya. Kedatangan pemuda ini hanyalah disedari oleh adik perempuaannya yang berusia awal 10 tahun.
Komen:Kesan seram yang ditunjukkan pada pemuda tersebut agak kurang menjadi.
Kisah 7: Kisah wanita yang diganggu roh anaknya yang digugurkanFasha Sanda melakonkan watak perempuan muda yang mengandung anak luar nikah hasil hubungan terlarang dengan seorang pemuda. Akibat pemuda tersebut tidak mahu bertanggungjawab ke atasnya, Fasha mengambil keputusan untuk menggugurkan anak dalam kandungannya sendiri menggunakan cara kampung. Kemudian, Fasha diganggu oleh roh anaknya sehingga dia terjatuh ke dalam sebuah perigi.
Komen: Babak gugur kandungan jika tidak silap saya telah dipotong oleh LPF namun tergelak sendirian bila melihatkan patung mainan yang digunakan sebagai bayi:)
Kisah 8: Kisah roh yang datang menuntut belaJehan Miskin membawa watak seorang penarik kereta yang juga seorang bouncer. Akibat kedegilannya yang telah membunuh seorang lelaki dan mencampakkan lelaki tersebut ke dalam gaung, roh lelaki tersebut menuntut bela dan membunuh Jehan.
Komen:Cerita agak klise tanpa ada sebarang olahan yang menarik.
Kisah 9: Kisah hantu di hospital lamaSekumpulan remaja telah pergi ke sebuah hospital loama untuk menyiasat mengenai misteri hospital tersebut. Di sana, pelbagai perkara menyeramkan berlaku. Seorang pemuda yang terlalu berani dan suka cakap besar akhirnya mengaku kalah dan takut kerana melihat video rakaman kawannya yang ada gambar hantu perempuan.
Komen:Cerita yang saya rasa paling berkesan namun bukan yang terbaik.
Secara keseluruhannya, saya memberikan 2.5 bintang kepada filem ini. Jika anda tidak bersetuju dengan pandangan saya terpulang. Kita semestinya mempunyai selera yang berbeza. Tepuk dada tanya selera. Tepuk minda tanya hati. Semoga terhibur dengan ulasan saya. Salam:)
No comments:
Post a Comment